Browsed by
Category: tilam

Cara Untuk Memilih Tilam Baby

Cara Untuk Memilih Tilam Baby

Saiz

Jangan terlalu besar. Kalau kecil mudah untuk di bawah. Tapi kalau kecil sangat, takut takut tak sampai untuk guna lama.

Besar sangat, nampak macam tidak sesuai pula.

Ketebalan

Kalau tebal sangat, mungkin bila sampai masa untuk bayi mula belajar meniarap akan terlewat. Sebab bila terlampau tebal, susah pula bayi nak bergerak.

Jangan pula terlampau keras, tak selesa pula nanti.

Kalis Air

Memang lah tak ada tilam yang kalis air. Kalau ada, tak perlulah sampai nak beli yang seperti ini. Pakaikan pampers yang sesuai, InsyaAllah sudah memadai.

Maka, lebih baik kalau anda ada pilihan cadar atau sarung tilam yang lebih.

Ada Sarung

Seperti faktor yang di atas, cari tilam yang boleh disarung seperti cadar contohnya.

Mudah untuk di basuh.

Mungkin lebih baik kalau anda gunakan dua jenis sarung.

Satu sarung seakan plastik untuk halang daripada kena kencing bayi.

Kedua, sarung lembut untuk keselesaan bayi. Mudah juga untuk sarung kedua ini untuk ditukar bila nak dicuci.

Bahan Buatan

Bahan buatan tilam bayi anda juga penting. Ramai yang mengatakan, lebih baik kalau daripada bahan organik.

Agak mahal sedikit daripada harga tilam biasa. Tapi ia lebih selamat untuk kesihatan bayi.

Ada Pengudaraan Yang Baik

Kalau kita baring sendiri pun, bila tilam panas, mesti akan peluh belakang.

Kita sudah dewasa, bukan satu masalah.

Tapi untuk bayi, takut jadi ruam pula.

Merah merah.

Bayi pun pasti akan tak selesa dan ‘menangis’ je la caranya untuk bagi tahu kita.

Jenis Tilam Bayi Yang Ada

Untuk tilam bayi ini.

Ada beberapa jenis yang ada dalam pasaran untuk tilam bayi ni.

Tilam Jenis Foam

Jenis ini adalah yang paling ringan. Dan mungkin paling ramai yang orang dapatkan.

Mudah untuk anda bawa kemana mana. Lagi baik, kalau dapatkan tilam jenis foam ini yang juga turut termasuk beg khas.

Best crib mattresses: The expert buyers guide