Browsed by
Category: susu ibu

Susu Ibu Tahan Berapa Lama

Susu Ibu Tahan Berapa Lama

Cara Simpan SUSU Badan

Seperti article kami yang sudah, susu ibu dapat tahan paling lama 4 jam kalau dibiarkan begitu sahaja dalam susu bilik. Suhu bilik, bermaksud lebih kurang 25 darjah Celcuis. Itu pun, pastikan ia ditutup rapat.

Untuk lebih lama, anda boleh beberapa cara di bawah.

Masuk dalam peti sejuk .

Kalau anda letakkan susu ibu di dalam peti sejuk, bukan yang kawasan sejuk beku ya. Ia akan boleh bertahan sampai 5 hari.

Kalau dalam freezer pula.

Susu ibu tadi sepatutnya boleh bertahan selama 2 minggu.

Untuk Travel.

Untuk yang travel pula. Atau mungkin perjalanan anda pulang ke kampung perlukan masa yang lama.

Kalau anda ada bekas yang diisikan ais. Susu ibu tadi boleh bertahan selama 24 jam.

Yang terbaik atau pun yang lebih selamat, gunalah Cooler Bag khas.

Cooler bag ini memang direka untuk menyimpan susu ibu.

Antaranya adalah yang berharga RM 50 di bawah.

Produk Page : Lazada

Untuk menggunakan cooler bag, anda perlukan satu lagi benda iaitu Ice Pack atau pun, V Cool Ice Brick seperti di bawah.

Produk Page : Lazada

Kebiasaannya, cooler bag ni ada dua bahagian, yang atas untuk anda simpan alatan breast pump. Yang di bahagian bawah pula untuk simpanan susu dan juga ice pack.

Ada banyak lagi produk ice pack seperti V Cool Ice Brick ni di Lazada. Harganya adalah lebih kurang sahaja dengan produk C Cool.

Untuk pilihan Ice Pack yang lain, anda boleh ke page ini, pilihan ice pack

Untuk beberapa lagi tips lain penjagaan susu ibu supaya ia lebih selamat anda boleh beralih ke page, cara penyimpanan susu ibu ini.

Di sana kami ada kongsikan beberapa tips lain yang tidak dimasukkan dalam article ini.

Ada juga beg cooler bag yang jenis sandang di sana.

 

Cara Penyimpanan SUSU Ibu

Cara Penyimpanan SUSU Ibu

Langkah Untuk Simpan SuSu Ibu

Untuk article yang sudah, kami ada kongsikan beberapa jenis breast pump yang murah dan juga check kualitinya untuk anda.

Rasanya tak lengkap kalau cerita tentang breast pump sahaja kalau tak kongsikan pula cara terbaik untuk anda simpan susu ibu yang sudah dipam itu nanti.

Untu simpan susu bayi, sekarang ini bukan lah satu masalah yang besar sangat. Sebab banyak produk produk yang boleh anda gunakan.

Atau pun, kebiasaannya breast pump akan buatkan anda pam susu terus masuk ke botol susu. Jadi tiada apa yang perlu dibeli lagi. Atau pun, anda beli lagi beberapa botol khas mengikut jenis breast pump untuk spare. Supaya anda boleh pam dan penuhkan 2 3 botol yang lain untuk digunakan nanti.

Ingat!!!!

SUSU Badan anda hanya boleh bertahan kurang 4 jam sahaja kalau letak di suhu bilik. Jangan lebih daripada ini. Atau nak lebih selamat, limitkan kepada 3 jam sahaja. Nak lebih masa, masukkan dalam peti ais.

susu ibu tahan berapa lama

Dan berikut, antara maklumat lain yang boleh anda gunakan untuk simpan susu badan anda dengan baik.

Bekas Yang Dijamin Selamat

Andai kata anda beli container yang lain. Jangan terus beli sahaja sembarangan. Tambah lagi produk produk plastik begini memang sudah banyak ditiru oleh China.

Kalau anda faham bagaimana bentukan plastik terbentuk mesti anda boleh bayangkan. Kemungkinan ada part yang menggunakan injection moulding. Injection moulding ini memang laju, kalau setakat card holder yang gantung di leher anda itu, seminit pun boleh cecah hampir 100 pieces.

Jadi, produk produk plastik ini memang mudah untuk ditiru oleh barang China. Takut takut, ada kualiti yang tidak dijaga sahaja.

Pastikan anda beli produk yang ada cop atau yang disahkan selamat sahaja.

Nak Simpan Lama?

Seperti yang kami kongsikan di atas tadi, kalau biarkan sahaja dalam susu bilik ( pastikan tertutup rapat ) masih lagi selamat digunakan dalam tempoh 3 hingga 4 jam.

Kalau yang dalam bekas yang disikan ais, selamat sampai 24 jam.

Andai kata mahu lebih lama, boleh masukkan dalam peti ais ( bukan freezer ), ini akan buatkan susu ibu boleh tahan sampai 5 hari. Anda setkan lah untuk 4 hari supaya lebih selamat. Takut juga kalau selepas 5 hari sudah rosak.

Suhu Bilik bersamaan tidak lebih 25 darjah celcius.

Nak lebih lama, boleh masukkan di bahagian freezer peti ais. Ini dikatakan 2 minggu. Tapi untuk yakin yang lebih selamat, jangan lah biar sampai 2 minggu. 1 minggu sudah cukup.

Table daripada kellymom ini mungkin boleh bantu anda. Mereka sudah bahagikan mengikut susu pada keadaan yang tertentu untuk simpanan susu yang kekal baik.

Jangan campur.

Jangan campur susu yang anda sudah pam terkemudian. Yang baru dipam, buatkan dalam bekas yang lain.

Jangan guna bekas kaca.

Dikhabarkan, kalau guna bekas kaca, nanti set set sihat susu ibu akan melekat di dinding bekas kaca tersebut. Nanti kurang pula zat zat yang terhasil yang sepatutnya masuk ke dalam badan bayi.

Labelkan Botol Simpanan Susu Ibu

Ada baiknya kalau anda labelkan bila pengeluaran susu pam anda. Nanti takut takut terlupa.

Jangan lupa tutup dalam apa jenis bekas yang anda simpan sekali pun.

Aksesori Penting…

Antara alatan lain yang boleh anda dapatkan ialah V Kool Ice Brick – RM 16.80

V Cool Ice Brick ini diletakkan dalam Cooler Beg untuk terus kekal sejukkan simpanan botol susu anda. V Cool Ice Brick ini hendak lah diletakkan dalam freezer, lebih kurang 10 jam sebelum digunakan.

Product Page : Lazada

Untuk Cooler beg pula, anda boleh dapatkan dari brand V Cool yang sama. Iaitu V Cool Coller Bag. Harga, lebih kurang dalam RM 50. Ia bersaiz sederhana seperti beg tangan perempuan, cuma bezanya ia akan lebar sedikit.

Product Page : Lazada

Seperti contoh cooler beg yang berwarna merah di atas. Ia water resistant dan mempunyai 2 bahagian compartment. Di bahagian ialah bawah untuk anda simpan botol susu yang sudah dipam, susun side by side dengan V Cool Ice Brick di atas tadi. Bahagian atas pula untuk anda simpan breast pump.

Ada juga yang jenis sandang, berharga RM 65

Product Page : Lazada

Simpanan nya juga lebih kurang sama, ada dua bahagian.

Untuk lebih jimat ruang, boleh sahaja gunakan produk daripada Apple Tree.

Product page : Lazada

Produk ini dikilang kan di Malaysia dengan menggunakan teknology buatan Jepun.

Berikut screenshot yang kami ambil daripada website Apple Tree sendiri.

Perhatikan yang Insulater Cooler Bag. Lebih kurang 24 jam anda boleh simpan. Tapi untuk lebih pasti dan selamat, hanya gunakan rule oleh V Cool Cooler Bag di atas, iaitu 10 jam.

Bagaimana SUSU IBU Dihasilkan

Bagaimana SUSU IBU Dihasilkan

The facts

Susu ibu tiada langsung kaitannya dengan saiz payu dara ibu.

Susu ibu, akan lebih banyak terhasil kalau permintaan ( penyusuan ) nya juga selalu.

Penerangan dibawah, dibantu oleh Ameda, salah satu brand utama dalam penghasilan breast pump. Anda boleh tonton video penuh di Youtube Ameda

Sel yang menghasilkan susu dinamakan sebagai Alveoli ( el-vio-lai ). Bila baby hisap, susu yang dihasilkan oleh Alveoli akan menyusuri Ducts, atau saluran yang menuju ke putting.

Di bahagian awal pengeluaran susu. Iaitu sebaik sahaja anak dilahirkan, pengeluaran susu ibu terawal dinamakan sebagai Colostrum.

Warna susu Colostrum ini kekuningan. Susu Colostrum ini rendah lemah, tinggi karbohidrat, protein dan antibody untuk menjaga kesihatan awal anak. Colostrum ini sangat mudah untuk dihadam. Ini penting untuk kita keluar najis pertama dari baby iaitu Meconium.

Colotrum juga dapat menghalang penyakit kuning baby.

Meconium berwarna gelap kehijauan. Kebiasaannya akan keluar dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan.

Itu sebab, dalam tempoh awal bersalin, sangat digalakkan untuk ibu menyusu baby selalu yang boleh. Supaya kesihatan dan penyakit demam kuning bayi dapat dihalang.

Penyusuran Bayi yang kerap juga dapat menghalang masalah susu ibu yang membengkak. Terjadi sebab kandungan susu tak tally dengan penyusuan bayi. Dan kebiasaannya berlaku dalam tempoh susu ibu jenis colostrum bertukar ke mature milk.

Bila pula mature milk akan terhasil?

Selepas beberapa hari. Barulah susu ibu yang gelar sebagai Mature Milk akan terhasil. Masa ini, warna susu ibu akan menjadi lebih putih dan mula terhasil dengan lebih banyak.

Image Credit – BabyCenter

Susu ibu yang terhasil bukan nya bergantung kepada bekalan atau simpanan yang ada. Tapi lebih kepada berapa banyak yang digunakan.

Mengikut salah satu website popular di Amerika Syarikat, iaitu KellyMom.com

Penghasilkan susu Alveoli adalah bergantung kepada simpanan susu yang kosong. Kalau anda selalu menyusu bayi, penghasilan susu akan jadi lebih kerap. Dan kalau anda jarang menyusukan anak, penghasilan susu ibu akan terbantut.

Anda juga boleh dapat tahu anatomi penghasilan susu ibu lebih detail di kellymom.com

Untuk faham lebih lanjut tentang taraf kesihatan berdasarkan bentuk rupa rajis bayi. Boleh rujuk di Panduan Kenali Najis Bayi Anda