Browsed by
Category: pampers murah

Pampers Murah – Yang Mana Satu? Drypres,MamyPoko,Huggies,Baby Love?

Pampers Murah – Yang Mana Satu? Drypres,MamyPoko,Huggies,Baby Love?

Pampers Murah VS Pampers Yang Terbaik

Antara produk yang memang akan sentiasa perlu di beli bila bayi dilahirkan ialah Pampers.

Pampers memang wajib di beli, barang barang lain seperti car seat, beg diapers, atau mungkin stroller, mungkin boleh kalau ditangguh dahulu. Tapi PAMPERS ? Memang naya kalau tak dapatkan secepat mungkin. Tak terkejut pun kalau ada family yang beli 2 3 bulan lebih awal sebelum delivery.

Barang barang baby yang lain pun, kalau wajib dibeli hanya sekali itu sahaja. Contoh macam car seat dan katil baby.

Tapi pampers, memang perlukan bertahun untuk dipakai. Selain daripada pampers, ada lagi yang tak kurang pentingnya, iaitu susu formula. Tapi mungkin boleh selesai kalau tiada masalah untuk pengeluaran susu ibu.

Kalau dulu, memang pakai lampin kain sahaja. Kalau anda still guna lampin, memang betul betul boleh jimat. Lagi nak supply pampers lebih dari 5 keping setiap hari, memang perlukan perancangan perbelanjaan kewangan yang betul.

Disebabkan betapa pentingnya pampers untuk bayi, article ini akan sedikit sebanyak membantu anda. Dari segi pengetahun bagaimana untuk menilai kualiti pampers, sehinggalah cara untuk dapatkan stok pampers pada harga yang lebih murah dari biasa.

Berikut merupakan faktor faktor utama yang menjadi sesuatu brand pampers itu adalah sesuai dan terbaik untuk anak anda.

Serapan

Serapan yang baik memang antara faktor utama jadi pilihan ramai. Jenis buatan yang tebal kebiasaanya akan bantu selesaikan masalah ini.

Fitting

Pampers bayi yang kemas bukan sahaja senang mata kita melihat, malah nampak lebih elok bila dipakaikan seluar.

Mana yang pampers nampak longgar, tapi anda juga untuk ketatkan juga supaya nampak kemas. Hati hati. Sebab takut akan naik ruam.

Kalau ini terjadi, jangan salah kan pampers, sebab anda sendiri yang gunakan pampers saiz yang salah.

Saiz yang sesuai juga perlu diukur pada saluran udara keluar masuk pampers. Jangan nampak kemas, tapi kulit bayi berpeluh di dalam.

Tidak mudah bocor

Kebanyakan pampers akan cover daripada bawah sehingga ke perut baby, dan ia berbentuk V shape. Tapi ada sesetengah pampers yang berbentuk U shape yang kemungkinan tidak sampai parasnya sampai ke perut baby. Yang sememangnya akan buat ia mudah bocor dari belakang.

*tapi ada sahaja yang saiz U shape masih lagi boleh dicapai sampai ke perut bayi. Bermaksud, ia masih lagi bergantung kepada saiz bayi anda dan saiz pampers yang anda beli. Brand juga sudah pasti menjadi faktor.

Tidak terlampau tebal

Pampers yang tebal buatkan susah untuk bayi jalan. Tak lama kemudian, memang akan naik melecit di celah paha. Yang tebal juga akan buat tak nampak elok kalau dipakai seluar.

Flexible tape

Kalau ada fungsi tape atau pelekat pampers yang mudah diubah lebih baik.

Bahan buatan yang digunakan

Seperti contoh, Dryper Drypantz. Bahan buatannya seperti Aloe Vera, Olive extracts dan vitamin E memang boleh membantu untuk kulit bayi yang sensitif.

Chamomile pun ada, ia tumbuhan herba yang membantu kesihatan.

Brand brand yang lain, terutamanya bahan organik pasti akan promosikan bahan buatan yang mereka gunakan. Contoh di atas, hanya untuk Drypantz sahaja.

Diaper yang mudah jatuh ke bawah.

Ini pun satu masalah juga.

Kalau pampers bila dipakai pada baby masa tengah baring memang nampak kemas. Tapi untuk 2 3 minit terawal sahaja. Lepas biar bayi main, takut taku pampers akan jadi londeh.

Pemilihan saiz yang sesuai pasti boleh bantu masalah ini. Jangan pilih yang bukan saiz bayi. Bermaksud, faktor umur yang biasa brand pampers jadikan sebagai pengukur saiz pampers pun kadang kadang tak boleh diguna pakai juga. Takut bayi kita kecil sedikit daripada saiz yang normal. Tambah lagi kalau perempuan.

Teknik cara pakai pampers yang betul

Kadang kadang nak salah kan Pampers semata mata tak betul juga, takut takut kalau kita yang pakaikan salah. Untuk tentukan depan belakang, biasanya akan ada label pada pampers. Walau apa apun, pastikan anda pakai pampers dengan betul dan kemas. Follow pada arahan sepatutnya tiada masalah.

Kekerapan Tukar

Untuk yang baru lahir, newborn, paling kurang dalam 5 kali anda perlu tukar pampers lain. Sebab kekerapannya membuang. Jangan salahkan pampers bocor kalau anda kaut semua dalam satu keping.