Browsed by
Category: najis bayi

Kenali Najis Bayi Anda – Jenis Jenis Najis Bayi

Kenali Najis Bayi Anda – Jenis Jenis Najis Bayi

Kalau yang kanak kanak, yang sudah tahu bercakap, mudah lah untuk kita faham kemahuan mereka. Sakit perut ke apa.

Tapi untuk bayi, agak susah juga untuk kita faham apa yang berlaku dalam badan mereka. Normal atau tidak. Nampak macam ok luaran, tapi dalaman?

Salah satu idea yang paling mudah untuk kita boleh tahu kesihatan bayi ialah melalui warna najis bayi itu sendiri.

Ada yang warna hijau, kelabu, kalau warna yang ada sakit pula bagaimana. Betul ke ada najis yang merah berdarah ?

Atau, katakan kita bagi bayi susu formula, bagaimana pula sepatutnya warna najis hasil daripada susu formula itu. Warna najis susu badan pula bagaimana?

InsyaAllah, dalam article ini kami akan kongsi dan kupaskan apa yang telah pun di kongsikan oleh BabyCenter.com

Dalam post BabyCenter.com ini, iaitu di url, http://www.babycenter.com/baby-poop-photos

Apa yang dikongsikan ialah, ialah kumpulan rupa najis yang sebenar.

Jadi ada baiknya kami kongsikan kepada anda.

Article review tidak akan membentangkan semua apa yang telah dikatakan dalam page babycenter untuk menjaga originality kandungan di sana.

Untuk lebih lanjut dan detail, atau pun untuk melihat kesuluruhan rupa gambar najis mengikut jenis jenis yang berkenaan, anda boleh rujuk di sana nanti.

Untuk sekarang kita akan pergi lebih kepada pengatahuan yang paling minimal sahaja.

Anatomi of Najis Bayi

Di article yang lepas, ada kami kongsikan bagaimana susu ibu terhasil. Di sana, kami ada kongsikan serba ringkas berkenaan peringkat awal rupa bentuk dan warna najis bayi juga. Tapi untuk yang sekarang, atau dalam article ini akan lebih detail dan menyeluruh kepada jenis jenis dan warna yang lain.

Peringkat Awal – Meconium

Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan. Digalakkan untuk terus menyusu bayi, supaya anda dapat mengeluarkan satu jenis najis bayi yang paling awal iaitu Meconium.

Rupa meconium ini seakan likatan yang berwarna hijau pekat.

Kenapa ia berwarna sedemikian ialah kerana itu lah yang dimakannya dalam uterus ibu.

Gambar dibawah di ambil di page Wikipedia Meconium.

Gambar di sebelah kiri atas ialah Najis Bayi Meconium selepas 13 jam dilahirkan. Manakala yang sebelah kanan ialah untuk najis meconium selepas 2 hari di lahirkan, dan yang berwarna hijau terang itu selepas 1 minggu dilahirkan untuk bayi yang sama. Gambar di atas bukan dari susu formula, tapi susu badan. Nanti kita akan kongsikan bagaimana rupa susu formula juga.

Najis Dari Susu Ibu

Bagi yang menyusu badan pula. Ia seperti kekuningan + hijau sedikit. Baunya tidak lah seteruk mana.

Mengikut pakar dari babycenter.com juga, kalau najis bayi itu berwarna hijau perlahan tambah juga dengan froathy poo, atau pun najis yang berbuih. Kemungkinan disebabkan terlampau banyak foremilk. Atau pun tidak cukup hindmilk.

Foremilk dan hindmilk ini adalah ibarat macam proses penyusuan susu ibu. Pada awal penyusuan bayi anda, foremilk yang akan terhasil dahulu, selepas beberapa lama, baru hindmilk, iaitu susu yang lebih pekat dan lebih padat dengan nutrisi.

Untuk tahu, tahap atau paras bila masanya foremilk akan bertukar jadi hindmilk tiada siapa tahu. Jadi tak perlu kisahkan bila hindmilk akan terhasil.

Hanya pastikan jangan menyusu anak sekejap sekejap dan apabila dia sudah nampak kenyang sudah memadai.

Yang Dari Susu Formula Pula

Untuk najis sihat dari susu formula pula. Ia seperti peanut butter. Coklat gelap, hijau coklat pun ada juga. Mungkin berbeza sedikit bergantung kepada brand susu formula.

Selain daripada jenis jenis bentuk najis bayi di atas.

Ada juga yang gambar untuk najis yang berdarah. Begitu juga yang kalau bayi dalam keadaan sakit sembelit.

Anda boleh rujuk gambar gambar yang dimaksudkan di website ini, babycenter.com

http://www.whattoexpect.com/first-year/ask-heidi/newborn-poop/

http://www.babycenter.com/baby-poop-photos