Browsed by
Category: katil baby

Cara Memilih Katil Baby

Cara Memilih Katil Baby

Katil baby walaupun nampak kecil, tapi mengikut daripada Consumer Report. Katil baby lah antara tempat yang paling selamat untuk kita tidurkan baby.

Itu pun, kalau anda pilih cara buatan yang betul. Sebab kadang kadang kita takut juga kalau tangan atau kepala baby akan tersepit dalam celahan sisi katil.

Nanti di bawah, kami akan kongsikan faktor faktor yang boleh anda jadikan sandaran semasa membeli katil baby.

Selain daripada katil baby, ada juga tempat tidur yang lain.

Antaranya,

1. baby cradle

Baby cradle ini seperti katil yang boleh dibuai.

2. bassinet

Bassinet ini lebih kurang macam katil baby biasa sahaja, tapi mungkin saiznya lebih kecil. Untuk harganya, masih lagi bergantung kepada cara buatan. Bermaksud, tak semestinya bassinet ini nampak lebih kecil, harganya akan lebih murah berbanding dengan katil baby atau pun baby cradle sekalipun.

Image Credited – BabyList

3. bedside sleeper.

Image credited – coolmompicks

Katil baby jenis yang seperti ini, kegunaannya lebih kepada diletakkan di sisi katil kita semasa tidur. Bahaya juga kan kalau kita tidur sebelah baby ni kadang kadang. Tambah tambah untuk keluarga yang baru ada anak pertama.

Image credited – the bump

Berbalik kepada faktor utama untuk pilih katil baby ialah:

1. tak perlu focus pada design buatan.

Yang kita dewasa, mesti suka tengok kalau kalau buatan seni kayu yang berlingkar lingkar kan. Seni kayu yang macam ini, memang nampak cantik, tapi kalau ada pada katil baby, takut takut akan tersepit jari nanti.

So, beli dinding kayu buatan biasa, sekadar palang kayu rapat rapat sahaja.

2. yang mudah untuk dialihkan.

Kalau ada bujek yang baik apa salahnya kan.

Kalau anda perasan, katil baby gambar di atas tu jenis yang beroda. Jadi mudah lah untuk alihkan nya nanti. Kita pun semestinya sentiada ada dalam bilek. Nak juga tengok tv di ruang tamu.

Kalau nak pindah ke dapur pun bukan satu masalah.

3. beli sahaja yang baru.

Ada sahaja yang let go till it go di Mudah katil baby ni.

Anda terpulang untuk buat keputusan sendiri, tapi yang terbaik beli sahaja yang baru. Yang lama tak pasti lagi kukuh atau tidak. Screwnya masih kuat lagi atau tidak.

4. cara buatannya.

Ada sahaja katil baby yang buatannya tidak berapa kemas.

Ada baiknya kalau anda perhatikan, mana kayu yang di screw, cukupkah kiri dan kanan. Kuat atau tidak.

Pastikan setiap joint kayu itu baik, tidak mudah gelongsor contohnya.

5. beli tilam terus.

Ada katil baby yang tidak termasuk tilam, jad ada baiknya kalau anda beli tilam untuk saiz yang sesuai pada masa yang sama.

Nanti takut takut tak kena pula saiznya.

6. beli saiz katil yang sesuai dengan rumah anda.

Katil baby yang boleh diubah ( ada roda contohnya, atau yang ringan bila di angkat ) hanya boleh lalu kalau muat saiz pintu anda.

Untuk saiz pintu, memang lah muat, Cuma biasanya lorong untuk masuk ke dapor akan sempit sendikit. Jadi pastikan katil baby ini boleh lalu.

Serupa juga susunan sofa anda di ruang tamu contohnya. Pastikan ada ruang untuk katil baby ini boleh lalu.

Atau beli sahaja katil baby yang boleh dilipat sampai ke saiz seperti di bawah.

Image credit – parent.guide

Tambahan.

Untuk katil baby yang ada roda, ada baik kalau anda cari yang ada fungsi break. Takut takut jadi apa apa juga nanti.

7. katil baby yang ada laci di bawah.

Untuk katil baby yang harga mahal sedikit mungkin akan ada laci di bawahnya.

Kemudahan laci ini bagus juga, mudah untuk kita aturkan mana yang perlu dekat dengan baby.

8. katil baby perlu dipasang sendiri atau tidak?

Macam kita beli meja juga.

Untuk meja yang saiz besar, memang tak muat untuk masuk kereta. Andai kata kita bawah sendiri lah.

Jadi ia akan dipisah pisahkan dahulu.

Kemungkinan katil baby juga ada. Jadi pastikan anda faham benar bagaimana nak pasangkan nanti. Pastikan juga, screw yang anda kuilkan ketat dengan elok.

Katil baby ini paling lama digunakan lebih kurang dalam 2 tahun.

Selepas itu, untuk baby yang sudah boleh jalan, mungkin agak bahaya kalau dimasukkan lagi. Takut takut dia akan cuba keluar.

Atau pun, anda dapatkan katil baby yang dinding kayu nya lebih tinggi sedikit.

Anda boleh terus beli katil baby ini semasa masih lagi dalam tempoh mengandung. Atau pun tunggu dahulu untuk tahu jantinanya. Sebab ada family yang nak katil baby lebih menampakkan ciri ciri baby girlnya untuk semua barang.