Browsed by
Month: March 2017

Susu Ibu Tahan Berapa Lama

Susu Ibu Tahan Berapa Lama

Cara Simpan SUSU Badan

Seperti article kami yang sudah, susu ibu dapat tahan paling lama 4 jam kalau dibiarkan begitu sahaja dalam susu bilik. Suhu bilik, bermaksud lebih kurang 25 darjah Celcuis. Itu pun, pastikan ia ditutup rapat.

Untuk lebih lama, anda boleh beberapa cara di bawah.

Masuk dalam peti sejuk .

Kalau anda letakkan susu ibu di dalam peti sejuk, bukan yang kawasan sejuk beku ya. Ia akan boleh bertahan sampai 5 hari.

Kalau dalam freezer pula.

Susu ibu tadi sepatutnya boleh bertahan selama 2 minggu.

Untuk Travel.

Untuk yang travel pula. Atau mungkin perjalanan anda pulang ke kampung perlukan masa yang lama.

Kalau anda ada bekas yang diisikan ais. Susu ibu tadi boleh bertahan selama 24 jam.

Yang terbaik atau pun yang lebih selamat, gunalah Cooler Bag khas.

Cooler bag ini memang direka untuk menyimpan susu ibu.

Antaranya adalah yang berharga RM 50 di bawah.

Produk Page : Lazada

Untuk menggunakan cooler bag, anda perlukan satu lagi benda iaitu Ice Pack atau pun, V Cool Ice Brick seperti di bawah.

Produk Page : Lazada

Kebiasaannya, cooler bag ni ada dua bahagian, yang atas untuk anda simpan alatan breast pump. Yang di bahagian bawah pula untuk simpanan susu dan juga ice pack.

Ada banyak lagi produk ice pack seperti V Cool Ice Brick ni di Lazada. Harganya adalah lebih kurang sahaja dengan produk C Cool.

Untuk pilihan Ice Pack yang lain, anda boleh ke page ini, pilihan ice pack

Untuk beberapa lagi tips lain penjagaan susu ibu supaya ia lebih selamat anda boleh beralih ke page, cara penyimpanan susu ibu ini.

Di sana kami ada kongsikan beberapa tips lain yang tidak dimasukkan dalam article ini.

Ada juga beg cooler bag yang jenis sandang di sana.

 

Pam Susu Manual Review

Pam Susu Manual Review

Untuk review pam susu manual ini kita akan beri focus pada dua jenis kategori product. Pertama, produk pam susu yang harganya antara yang paling murah, dan juga pam susu manual yang paling berkualiti. Iaitu breast pump manufacture yang boleh kata pelopor dalam pembuatan produk ini.

Pam SUSU Manual yang Paling Murah – RM 17.99

Product Page : Lazada

Produk ini adalah yang paling popular dan yang paling mendapat banyak jualan di Internet.

Mencecah lebih 200 jualan jika dicampur oleh semua stokis yang menjual. Jumlah 200 ini pun dikira berdasarkan yang meninggalkan review, bermaksud, pasti ada pembeli yang tidak meninggalkan review.

Untuk satu, harganya RM 17.99, kalau anda ingin dapatkan dua, ia hanya RM 24.99 sahaja.

Product Page : Lazada

Seterusnya…

GTE Silicone Manual Breast Pump

Product Page : Lazada

Produk ini berharga RM 39.90, designnya memang serupa seakan produk yang berjenama.

Ada lagi satu model pam susu yang mungkin boleh membuatkan anda lebih selesa untuk mengepam iaitu model yang seperti di bawah:

Produk page : Lazada

Model ini berharga RM 23.40.

Nampak lebih mudah untuk anda pam kerana tidak perlu untuk anda tangguh tangan kerana ada tiub yang panjang untuk di pam.

Dari segi keberkesanan antara dua di atas, masih lagi belum pasti. Tapi apa yang boleh kami nilaikan, produk yang pertama dan kedua di atas adalah lebih kurang bentuknya dengan pam susu manual buatan daripada breast pump buatan jenama yang lebih mahal seperti Ameda dan Philips Avent.

Tiub pam di produk ketiga ini mungkin nampak mudah, tapi mungkin juga kekuatan suctionnya tidak terlalu kuat kerana udara yang terpaksa bergerak jauh dalam tiub. Sebaliknya produk pertama dan kedua lebih mudah sebab ia dekat.

Selepas ini, kami akan kongsikan produk buatan yang berjenama pula. Perhatikan yang designnya lebih kurang sama dengan produk pertama dan kedua di atas.

Philips Avent Manual Breast Pump – RM 172

Product page : Lazada

Seperti yang kami kongsikan di article yang sudah, antara breastpump yang berjenama ialah Ameda, Medela, Spectra, Evenflo dan juga produk ini iaitu Philips Avent.

Bermaksud, dari segi kualiti dan keberkesanan, insyaAllah tiada masalah. Cuma harga dan budget kita sahaja yang membezakannya.

Antara kelebihan menggunakan produk Philips Avent ialah:

Kebanyakan pam susu yang digunakan disarankan untuk anda membongkok sedikit supaya arus susu ibu lebih mudah untuk dipam keluar. Tapi dengan philips avent, walaupun badan anda menegak semasa duduk, ia bukan satu masalah.

Philips avent juga tidak perlu untuk anda tukar ke botol lain bila hendak digunakan. Hanya perlu tukarkan kepala botol yang anda pam kan sahaja.

Selain daripada pam susu philips avent ini, dengan RM 172, anda juga dapat:

• 1 Avent Natural feeding bottle 4oz/125ml

• 1 Extra soft newborn teat pack

• 1 Sealing disc (for milk storage)

• 2 Avent Disposable Breast Pads-Night

• 2 Avent Disposable Breast Pads-Day

Andai kata anda mahukan pam susu yang lebih compact, boleh dapatkan dari pakej yang dibawah RM 229.90

Product Page : Lazada

Dengan RM 229.90, anda juga dapat satu cooler bag. 4 botol untuk simpanan dan juga 3 reusable ice pack.

Ini boleh dikatakan lebih berbaloi, sebab satu cooler beg berharga RM 50. Tambah dengan ice pack dalam RM 20. Belum masuk lagi 4 botol susu simpanan.

Medela Breast Pump Manual

Product Page : Lazada

Yang terakhir ialah daripada Medela. Berharga RM 198.80

Cara Penyimpanan SUSU Ibu

Cara Penyimpanan SUSU Ibu

Langkah Untuk Simpan SuSu Ibu

Untuk article yang sudah, kami ada kongsikan beberapa jenis breast pump yang murah dan juga check kualitinya untuk anda.

Rasanya tak lengkap kalau cerita tentang breast pump sahaja kalau tak kongsikan pula cara terbaik untuk anda simpan susu ibu yang sudah dipam itu nanti.

Untu simpan susu bayi, sekarang ini bukan lah satu masalah yang besar sangat. Sebab banyak produk produk yang boleh anda gunakan.

Atau pun, kebiasaannya breast pump akan buatkan anda pam susu terus masuk ke botol susu. Jadi tiada apa yang perlu dibeli lagi. Atau pun, anda beli lagi beberapa botol khas mengikut jenis breast pump untuk spare. Supaya anda boleh pam dan penuhkan 2 3 botol yang lain untuk digunakan nanti.

Ingat!!!!

SUSU Badan anda hanya boleh bertahan kurang 4 jam sahaja kalau letak di suhu bilik. Jangan lebih daripada ini. Atau nak lebih selamat, limitkan kepada 3 jam sahaja. Nak lebih masa, masukkan dalam peti ais.

susu ibu tahan berapa lama

Dan berikut, antara maklumat lain yang boleh anda gunakan untuk simpan susu badan anda dengan baik.

Bekas Yang Dijamin Selamat

Andai kata anda beli container yang lain. Jangan terus beli sahaja sembarangan. Tambah lagi produk produk plastik begini memang sudah banyak ditiru oleh China.

Kalau anda faham bagaimana bentukan plastik terbentuk mesti anda boleh bayangkan. Kemungkinan ada part yang menggunakan injection moulding. Injection moulding ini memang laju, kalau setakat card holder yang gantung di leher anda itu, seminit pun boleh cecah hampir 100 pieces.

Jadi, produk produk plastik ini memang mudah untuk ditiru oleh barang China. Takut takut, ada kualiti yang tidak dijaga sahaja.

Pastikan anda beli produk yang ada cop atau yang disahkan selamat sahaja.

Nak Simpan Lama?

Seperti yang kami kongsikan di atas tadi, kalau biarkan sahaja dalam susu bilik ( pastikan tertutup rapat ) masih lagi selamat digunakan dalam tempoh 3 hingga 4 jam.

Kalau yang dalam bekas yang disikan ais, selamat sampai 24 jam.

Andai kata mahu lebih lama, boleh masukkan dalam peti ais ( bukan freezer ), ini akan buatkan susu ibu boleh tahan sampai 5 hari. Anda setkan lah untuk 4 hari supaya lebih selamat. Takut juga kalau selepas 5 hari sudah rosak.

Suhu Bilik bersamaan tidak lebih 25 darjah celcius.

Nak lebih lama, boleh masukkan di bahagian freezer peti ais. Ini dikatakan 2 minggu. Tapi untuk yakin yang lebih selamat, jangan lah biar sampai 2 minggu. 1 minggu sudah cukup.

Table daripada kellymom ini mungkin boleh bantu anda. Mereka sudah bahagikan mengikut susu pada keadaan yang tertentu untuk simpanan susu yang kekal baik.

Jangan campur.

Jangan campur susu yang anda sudah pam terkemudian. Yang baru dipam, buatkan dalam bekas yang lain.

Jangan guna bekas kaca.

Dikhabarkan, kalau guna bekas kaca, nanti set set sihat susu ibu akan melekat di dinding bekas kaca tersebut. Nanti kurang pula zat zat yang terhasil yang sepatutnya masuk ke dalam badan bayi.

Labelkan Botol Simpanan Susu Ibu

Ada baiknya kalau anda labelkan bila pengeluaran susu pam anda. Nanti takut takut terlupa.

Jangan lupa tutup dalam apa jenis bekas yang anda simpan sekali pun.

Aksesori Penting…

Antara alatan lain yang boleh anda dapatkan ialah V Kool Ice Brick – RM 16.80

V Cool Ice Brick ini diletakkan dalam Cooler Beg untuk terus kekal sejukkan simpanan botol susu anda. V Cool Ice Brick ini hendak lah diletakkan dalam freezer, lebih kurang 10 jam sebelum digunakan.

Product Page : Lazada

Untuk Cooler beg pula, anda boleh dapatkan dari brand V Cool yang sama. Iaitu V Cool Coller Bag. Harga, lebih kurang dalam RM 50. Ia bersaiz sederhana seperti beg tangan perempuan, cuma bezanya ia akan lebar sedikit.

Product Page : Lazada

Seperti contoh cooler beg yang berwarna merah di atas. Ia water resistant dan mempunyai 2 bahagian compartment. Di bahagian ialah bawah untuk anda simpan botol susu yang sudah dipam, susun side by side dengan V Cool Ice Brick di atas tadi. Bahagian atas pula untuk anda simpan breast pump.

Ada juga yang jenis sandang, berharga RM 65

Product Page : Lazada

Simpanan nya juga lebih kurang sama, ada dua bahagian.

Untuk lebih jimat ruang, boleh sahaja gunakan produk daripada Apple Tree.

Product page : Lazada

Produk ini dikilang kan di Malaysia dengan menggunakan teknology buatan Jepun.

Berikut screenshot yang kami ambil daripada website Apple Tree sendiri.

Perhatikan yang Insulater Cooler Bag. Lebih kurang 24 jam anda boleh simpan. Tapi untuk lebih pasti dan selamat, hanya gunakan rule oleh V Cool Cooler Bag di atas, iaitu 10 jam.

Breast Pump Murah – Kualiti Check Review

Breast Pump Murah – Kualiti Check Review

Breast pump yang paling murah ialah yang jenis manual. Seperti yang anda boleh bayangkan, jenis ini memerlukan anda untuk squeze breast pump ini sampai botol takungannya penuh. Kebiasaannya lebih kurang dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

Seperti contoh di bawah ini, berharga RM 39.90 di Lazada

Product Page : Lazada

Breast pump manual di atas, bukan datang dari brand ternama seperti Medela. Kalau yang jenis manual tapi brand Medela seperti di bawah ini, ia akan mencecah RM 300

Product Page : Lazada

Perhatikan juga rupa bentuknya Pam Susu Manual Medela seakan sama dengan yang RM 39.90 di atas.

Terpulang untuk anda dapatkan yang mana satu, tapi mengikut review di Lazada untuk manual breast pump yang berharga RM 39.90 itu ramai yang berpuas hati. Dapat lebih 4 star daripada 11 orang yang meninggalkan reviews.

Jenis Breast Pump

Breast pump ada pelbagai jenis. Yang paling mahal mencecah ribuan ringgit pun ada. Iaitu yang jenis elektrik.

Breast pump elektric di atas ialah daripada Madela, iaitu Medela Pump in Style Advanced Breast Pump with On the Go Tote. Model ini adalah yang paling laris dan menjadi pilihan product utama di Amazon.com. Kalau kawasan anda boleh dapatkan product di Amazon, mungkin anda boleh cuba order melalui Amazon. Kerana kalau di tukar ke ringgit hanya lebih kurang RM 900 sahaja. Terutamanya bagi penduduk di Amazon. Atau boleh dapatkan di Lazada

Product Page : Lazada

Ada lagi versi yang lebih murah berbanding dengan product Madela, iaitu Philips Avent. Philips Avent ini antara jenama yang terunggul juga seperti Madela, antara company utama yang menghasilkan breast pump.

Harga lebih kurang daripada RM 700 hingga RM 900. Anda boleh dapatkannya di page bawah ini.

Product Page : Lazada

Ada juga pam susu manual bentuk seperti Madela Manual yang berharga hampir RM 300, buatan Philips Avent juga.

Harganya dalam RM 170

Product Page : Lazada

Review nya juga baik, hampir 5 star secara keseluruhan.

Untuk dapatkan review penuh breast pump yang jenis manual dan juga elektric, anda boleh rujuk di link bawah:

Review Pam Susu Manual

Review Electric Breast Pump

Cara Untuk Memulakan Pam Susu

Untuk memulakan sesi mengepam susu badan anda bukan boleh terus mulakan sahaja. Ada juga cara cara awal yang perlu anda turuti. Langkah langkah ini bukan nya disengajakan, tapi ia akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan pengeluaran susu tersebut.

Langkah ini juga dapat membantu anda daripada buatkan putting susu anda menjadi sakit. Tambah lagi kalau gunakan breast pump murah.

Mengikut Ameda,antara brand breast pump ternama juga. Elok untuk anda mulakan breast pump di waktu pagi. Ini mungkin disebabkan pengeluaran susu ibu adalah lebih baik berbanding dengan petang.

Pam susu badan anda dalam tempoh sebelum atau selepas anda menyusukan anak. Mungkin dalam tempoh 1 jam. Supaya pengeluaran susu lancar. Bila pengeluaran baik, tugas anda untuk mengepam pun akan jadi lebih mudah.

Tahu di mana untuk menyimpan susu yang anda pam kan tadi.

Untuk bekas simpanan susu badan yang berkualiti, anda boleh rujuk di post, cara penyimpanan susu ibu.

Kelebihan Ada Breast Pump

Dengan kos yang sekarang, sudah pasti ramai yang ibu terpaksa bekerja untuk tolong suami. Dan bila sudah pergi kerja, macam mana pula nak susukan bayi. Rugi pula nak bagi susu formula sedangkan pengeluaran susu badan tiada masalah.

Itu sebab breast pump penting sebab ia boleh bantu.

Kalau letak dalam bekas simpanan susu badan, dalam suhu bilik, susu ibu ini bleh tahan sampai ke 3 hingga 4 jam. Nak lama lagi, anda boleh letakkan dalam peti ais. Dengan tempoh lama ni, rasanya memang ia akan memudahkan.

Mungkin juga anda perlu untuk keluar shopping. Kalau keluar shopping mesti ambil masa 4 atau 5 jam. Dan dalam tempoh 5 jam ini, kalau rasa tiada masalah untuk berehat sekejap nursing bayi anda, ok lah. Tapi mana yang rasa tak selesa susukan bayi di luar, boleh sahaja keluarkan susu ibu yang sudah dipam di rumah sebelum bertolak keluar.

Mungkin anda terfikir breast pump ni boleh bantu untuk susukan bayi bila bila masa sahaja. Bermaksud ia lebih flexible. Tapi bukan itu sahaja, bila anda terus mengeluarkan susu, kesihatan anda sebagai ibu pun terjamin. Payu dara pun tidak akan membengkak.

Vice Versa Kebaikan Breast Pump

Walaupun ada breast pump yang mencecah sampai ribuan. Tapi tak ada satu pun yang betul betul mimik bagaimana kalau bayi yang menghisap secara real 100 peratus.

Bermaksud, untuk brand breast pump yang terkenal seperti Ameda,Medela, Philips Avent, Spectra, dan Evenflo ni, tiada satu pun yang betul betul berjaya mimik bagaimana kalau bayi yang betul betul menghisap susu ibu.

Kenapa mereka cuba untuk tiru bagaimana bayi hisap? Tak lain tak bukan, sudah pasti untuk mengikat pengeluaran susu ibu dan juga supaya ibu tak rasa sakit.

Kalau tidak silap, brand seperti Madela siap lengkap dengan kelajuan host suction lagi. Bermaksud, kalau bayi hisap susu ibu, bukan setiap minit ia akan buat tanpa henti. Mesti ada dalam selang selang minit bayi akan kurangkan kekerapan menghisap nya.

Kenali Najis Bayi Anda – Jenis Jenis Najis Bayi

Kenali Najis Bayi Anda – Jenis Jenis Najis Bayi

Kalau yang kanak kanak, yang sudah tahu bercakap, mudah lah untuk kita faham kemahuan mereka. Sakit perut ke apa.

Tapi untuk bayi, agak susah juga untuk kita faham apa yang berlaku dalam badan mereka. Normal atau tidak. Nampak macam ok luaran, tapi dalaman?

Salah satu idea yang paling mudah untuk kita boleh tahu kesihatan bayi ialah melalui warna najis bayi itu sendiri.

Ada yang warna hijau, kelabu, kalau warna yang ada sakit pula bagaimana. Betul ke ada najis yang merah berdarah ?

Atau, katakan kita bagi bayi susu formula, bagaimana pula sepatutnya warna najis hasil daripada susu formula itu. Warna najis susu badan pula bagaimana?

InsyaAllah, dalam article ini kami akan kongsi dan kupaskan apa yang telah pun di kongsikan oleh BabyCenter.com

Dalam post BabyCenter.com ini, iaitu di url, http://www.babycenter.com/baby-poop-photos

Apa yang dikongsikan ialah, ialah kumpulan rupa najis yang sebenar.

Jadi ada baiknya kami kongsikan kepada anda.

Article review tidak akan membentangkan semua apa yang telah dikatakan dalam page babycenter untuk menjaga originality kandungan di sana.

Untuk lebih lanjut dan detail, atau pun untuk melihat kesuluruhan rupa gambar najis mengikut jenis jenis yang berkenaan, anda boleh rujuk di sana nanti.

Untuk sekarang kita akan pergi lebih kepada pengatahuan yang paling minimal sahaja.

Anatomi of Najis Bayi

Di article yang lepas, ada kami kongsikan bagaimana susu ibu terhasil. Di sana, kami ada kongsikan serba ringkas berkenaan peringkat awal rupa bentuk dan warna najis bayi juga. Tapi untuk yang sekarang, atau dalam article ini akan lebih detail dan menyeluruh kepada jenis jenis dan warna yang lain.

Peringkat Awal – Meconium

Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan. Digalakkan untuk terus menyusu bayi, supaya anda dapat mengeluarkan satu jenis najis bayi yang paling awal iaitu Meconium.

Rupa meconium ini seakan likatan yang berwarna hijau pekat.

Kenapa ia berwarna sedemikian ialah kerana itu lah yang dimakannya dalam uterus ibu.

Gambar dibawah di ambil di page Wikipedia Meconium.

Gambar di sebelah kiri atas ialah Najis Bayi Meconium selepas 13 jam dilahirkan. Manakala yang sebelah kanan ialah untuk najis meconium selepas 2 hari di lahirkan, dan yang berwarna hijau terang itu selepas 1 minggu dilahirkan untuk bayi yang sama. Gambar di atas bukan dari susu formula, tapi susu badan. Nanti kita akan kongsikan bagaimana rupa susu formula juga.

Najis Dari Susu Ibu

Bagi yang menyusu badan pula. Ia seperti kekuningan + hijau sedikit. Baunya tidak lah seteruk mana.

Mengikut pakar dari babycenter.com juga, kalau najis bayi itu berwarna hijau perlahan tambah juga dengan froathy poo, atau pun najis yang berbuih. Kemungkinan disebabkan terlampau banyak foremilk. Atau pun tidak cukup hindmilk.

Foremilk dan hindmilk ini adalah ibarat macam proses penyusuan susu ibu. Pada awal penyusuan bayi anda, foremilk yang akan terhasil dahulu, selepas beberapa lama, baru hindmilk, iaitu susu yang lebih pekat dan lebih padat dengan nutrisi.

Untuk tahu, tahap atau paras bila masanya foremilk akan bertukar jadi hindmilk tiada siapa tahu. Jadi tak perlu kisahkan bila hindmilk akan terhasil.

Hanya pastikan jangan menyusu anak sekejap sekejap dan apabila dia sudah nampak kenyang sudah memadai.

Yang Dari Susu Formula Pula

Untuk najis sihat dari susu formula pula. Ia seperti peanut butter. Coklat gelap, hijau coklat pun ada juga. Mungkin berbeza sedikit bergantung kepada brand susu formula.

Selain daripada jenis jenis bentuk najis bayi di atas.

Ada juga yang gambar untuk najis yang berdarah. Begitu juga yang kalau bayi dalam keadaan sakit sembelit.

Anda boleh rujuk gambar gambar yang dimaksudkan di website ini, babycenter.com

http://www.whattoexpect.com/first-year/ask-heidi/newborn-poop/

http://www.babycenter.com/baby-poop-photos

Bagaimana SUSU IBU Dihasilkan

Bagaimana SUSU IBU Dihasilkan

The facts

Susu ibu tiada langsung kaitannya dengan saiz payu dara ibu.

Susu ibu, akan lebih banyak terhasil kalau permintaan ( penyusuan ) nya juga selalu.

Penerangan dibawah, dibantu oleh Ameda, salah satu brand utama dalam penghasilan breast pump. Anda boleh tonton video penuh di Youtube Ameda

Sel yang menghasilkan susu dinamakan sebagai Alveoli ( el-vio-lai ). Bila baby hisap, susu yang dihasilkan oleh Alveoli akan menyusuri Ducts, atau saluran yang menuju ke putting.

Di bahagian awal pengeluaran susu. Iaitu sebaik sahaja anak dilahirkan, pengeluaran susu ibu terawal dinamakan sebagai Colostrum.

Warna susu Colostrum ini kekuningan. Susu Colostrum ini rendah lemah, tinggi karbohidrat, protein dan antibody untuk menjaga kesihatan awal anak. Colostrum ini sangat mudah untuk dihadam. Ini penting untuk kita keluar najis pertama dari baby iaitu Meconium.

Colotrum juga dapat menghalang penyakit kuning baby.

Meconium berwarna gelap kehijauan. Kebiasaannya akan keluar dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan.

Itu sebab, dalam tempoh awal bersalin, sangat digalakkan untuk ibu menyusu baby selalu yang boleh. Supaya kesihatan dan penyakit demam kuning bayi dapat dihalang.

Penyusuran Bayi yang kerap juga dapat menghalang masalah susu ibu yang membengkak. Terjadi sebab kandungan susu tak tally dengan penyusuan bayi. Dan kebiasaannya berlaku dalam tempoh susu ibu jenis colostrum bertukar ke mature milk.

Bila pula mature milk akan terhasil?

Selepas beberapa hari. Barulah susu ibu yang gelar sebagai Mature Milk akan terhasil. Masa ini, warna susu ibu akan menjadi lebih putih dan mula terhasil dengan lebih banyak.

Image Credit – BabyCenter

Susu ibu yang terhasil bukan nya bergantung kepada bekalan atau simpanan yang ada. Tapi lebih kepada berapa banyak yang digunakan.

Mengikut salah satu website popular di Amerika Syarikat, iaitu KellyMom.com

Penghasilkan susu Alveoli adalah bergantung kepada simpanan susu yang kosong. Kalau anda selalu menyusu bayi, penghasilan susu akan jadi lebih kerap. Dan kalau anda jarang menyusukan anak, penghasilan susu ibu akan terbantut.

Anda juga boleh dapat tahu anatomi penghasilan susu ibu lebih detail di kellymom.com

Untuk faham lebih lanjut tentang taraf kesihatan berdasarkan bentuk rupa rajis bayi. Boleh rujuk di Panduan Kenali Najis Bayi Anda

Pampers Murah – Yang Mana Satu? Drypres,MamyPoko,Huggies,Baby Love?

Pampers Murah – Yang Mana Satu? Drypres,MamyPoko,Huggies,Baby Love?

Pampers Murah VS Pampers Yang Terbaik

Antara produk yang memang akan sentiasa perlu di beli bila bayi dilahirkan ialah Pampers.

Pampers memang wajib di beli, barang barang lain seperti car seat, beg diapers, atau mungkin stroller, mungkin boleh kalau ditangguh dahulu. Tapi PAMPERS ? Memang naya kalau tak dapatkan secepat mungkin. Tak terkejut pun kalau ada family yang beli 2 3 bulan lebih awal sebelum delivery.

Barang barang baby yang lain pun, kalau wajib dibeli hanya sekali itu sahaja. Contoh macam car seat dan katil baby.

Tapi pampers, memang perlukan bertahun untuk dipakai. Selain daripada pampers, ada lagi yang tak kurang pentingnya, iaitu susu formula. Tapi mungkin boleh selesai kalau tiada masalah untuk pengeluaran susu ibu.

Kalau dulu, memang pakai lampin kain sahaja. Kalau anda still guna lampin, memang betul betul boleh jimat. Lagi nak supply pampers lebih dari 5 keping setiap hari, memang perlukan perancangan perbelanjaan kewangan yang betul.

Disebabkan betapa pentingnya pampers untuk bayi, article ini akan sedikit sebanyak membantu anda. Dari segi pengetahun bagaimana untuk menilai kualiti pampers, sehinggalah cara untuk dapatkan stok pampers pada harga yang lebih murah dari biasa.

Berikut merupakan faktor faktor utama yang menjadi sesuatu brand pampers itu adalah sesuai dan terbaik untuk anak anda.

Serapan

Serapan yang baik memang antara faktor utama jadi pilihan ramai. Jenis buatan yang tebal kebiasaanya akan bantu selesaikan masalah ini.

Fitting

Pampers bayi yang kemas bukan sahaja senang mata kita melihat, malah nampak lebih elok bila dipakaikan seluar.

Mana yang pampers nampak longgar, tapi anda juga untuk ketatkan juga supaya nampak kemas. Hati hati. Sebab takut akan naik ruam.

Kalau ini terjadi, jangan salah kan pampers, sebab anda sendiri yang gunakan pampers saiz yang salah.

Saiz yang sesuai juga perlu diukur pada saluran udara keluar masuk pampers. Jangan nampak kemas, tapi kulit bayi berpeluh di dalam.

Tidak mudah bocor

Kebanyakan pampers akan cover daripada bawah sehingga ke perut baby, dan ia berbentuk V shape. Tapi ada sesetengah pampers yang berbentuk U shape yang kemungkinan tidak sampai parasnya sampai ke perut baby. Yang sememangnya akan buat ia mudah bocor dari belakang.

*tapi ada sahaja yang saiz U shape masih lagi boleh dicapai sampai ke perut bayi. Bermaksud, ia masih lagi bergantung kepada saiz bayi anda dan saiz pampers yang anda beli. Brand juga sudah pasti menjadi faktor.

Tidak terlampau tebal

Pampers yang tebal buatkan susah untuk bayi jalan. Tak lama kemudian, memang akan naik melecit di celah paha. Yang tebal juga akan buat tak nampak elok kalau dipakai seluar.

Flexible tape

Kalau ada fungsi tape atau pelekat pampers yang mudah diubah lebih baik.

Bahan buatan yang digunakan

Seperti contoh, Dryper Drypantz. Bahan buatannya seperti Aloe Vera, Olive extracts dan vitamin E memang boleh membantu untuk kulit bayi yang sensitif.

Chamomile pun ada, ia tumbuhan herba yang membantu kesihatan.

Brand brand yang lain, terutamanya bahan organik pasti akan promosikan bahan buatan yang mereka gunakan. Contoh di atas, hanya untuk Drypantz sahaja.

Diaper yang mudah jatuh ke bawah.

Ini pun satu masalah juga.

Kalau pampers bila dipakai pada baby masa tengah baring memang nampak kemas. Tapi untuk 2 3 minit terawal sahaja. Lepas biar bayi main, takut taku pampers akan jadi londeh.

Pemilihan saiz yang sesuai pasti boleh bantu masalah ini. Jangan pilih yang bukan saiz bayi. Bermaksud, faktor umur yang biasa brand pampers jadikan sebagai pengukur saiz pampers pun kadang kadang tak boleh diguna pakai juga. Takut bayi kita kecil sedikit daripada saiz yang normal. Tambah lagi kalau perempuan.

Teknik cara pakai pampers yang betul

Kadang kadang nak salah kan Pampers semata mata tak betul juga, takut takut kalau kita yang pakaikan salah. Untuk tentukan depan belakang, biasanya akan ada label pada pampers. Walau apa apun, pastikan anda pakai pampers dengan betul dan kemas. Follow pada arahan sepatutnya tiada masalah.

Kekerapan Tukar

Untuk yang baru lahir, newborn, paling kurang dalam 5 kali anda perlu tukar pampers lain. Sebab kekerapannya membuang. Jangan salahkan pampers bocor kalau anda kaut semua dalam satu keping.

Cara Memilih Katil Baby

Cara Memilih Katil Baby

Katil baby walaupun nampak kecil, tapi mengikut daripada Consumer Report. Katil baby lah antara tempat yang paling selamat untuk kita tidurkan baby.

Itu pun, kalau anda pilih cara buatan yang betul. Sebab kadang kadang kita takut juga kalau tangan atau kepala baby akan tersepit dalam celahan sisi katil.

Nanti di bawah, kami akan kongsikan faktor faktor yang boleh anda jadikan sandaran semasa membeli katil baby.

Selain daripada katil baby, ada juga tempat tidur yang lain.

Antaranya,

1. baby cradle

Baby cradle ini seperti katil yang boleh dibuai.

2. bassinet

Bassinet ini lebih kurang macam katil baby biasa sahaja, tapi mungkin saiznya lebih kecil. Untuk harganya, masih lagi bergantung kepada cara buatan. Bermaksud, tak semestinya bassinet ini nampak lebih kecil, harganya akan lebih murah berbanding dengan katil baby atau pun baby cradle sekalipun.

Image Credited – BabyList

3. bedside sleeper.

Image credited – coolmompicks

Katil baby jenis yang seperti ini, kegunaannya lebih kepada diletakkan di sisi katil kita semasa tidur. Bahaya juga kan kalau kita tidur sebelah baby ni kadang kadang. Tambah tambah untuk keluarga yang baru ada anak pertama.

Image credited – the bump

Berbalik kepada faktor utama untuk pilih katil baby ialah:

1. tak perlu focus pada design buatan.

Yang kita dewasa, mesti suka tengok kalau kalau buatan seni kayu yang berlingkar lingkar kan. Seni kayu yang macam ini, memang nampak cantik, tapi kalau ada pada katil baby, takut takut akan tersepit jari nanti.

So, beli dinding kayu buatan biasa, sekadar palang kayu rapat rapat sahaja.

2. yang mudah untuk dialihkan.

Kalau ada bujek yang baik apa salahnya kan.

Kalau anda perasan, katil baby gambar di atas tu jenis yang beroda. Jadi mudah lah untuk alihkan nya nanti. Kita pun semestinya sentiada ada dalam bilek. Nak juga tengok tv di ruang tamu.

Kalau nak pindah ke dapur pun bukan satu masalah.

3. beli sahaja yang baru.

Ada sahaja yang let go till it go di Mudah katil baby ni.

Anda terpulang untuk buat keputusan sendiri, tapi yang terbaik beli sahaja yang baru. Yang lama tak pasti lagi kukuh atau tidak. Screwnya masih kuat lagi atau tidak.

4. cara buatannya.

Ada sahaja katil baby yang buatannya tidak berapa kemas.

Ada baiknya kalau anda perhatikan, mana kayu yang di screw, cukupkah kiri dan kanan. Kuat atau tidak.

Pastikan setiap joint kayu itu baik, tidak mudah gelongsor contohnya.

5. beli tilam terus.

Ada katil baby yang tidak termasuk tilam, jad ada baiknya kalau anda beli tilam untuk saiz yang sesuai pada masa yang sama.

Nanti takut takut tak kena pula saiznya.

6. beli saiz katil yang sesuai dengan rumah anda.

Katil baby yang boleh diubah ( ada roda contohnya, atau yang ringan bila di angkat ) hanya boleh lalu kalau muat saiz pintu anda.

Untuk saiz pintu, memang lah muat, Cuma biasanya lorong untuk masuk ke dapor akan sempit sendikit. Jadi pastikan katil baby ini boleh lalu.

Serupa juga susunan sofa anda di ruang tamu contohnya. Pastikan ada ruang untuk katil baby ini boleh lalu.

Atau beli sahaja katil baby yang boleh dilipat sampai ke saiz seperti di bawah.

Image credit – parent.guide

Tambahan.

Untuk katil baby yang ada roda, ada baik kalau anda cari yang ada fungsi break. Takut takut jadi apa apa juga nanti.

7. katil baby yang ada laci di bawah.

Untuk katil baby yang harga mahal sedikit mungkin akan ada laci di bawahnya.

Kemudahan laci ini bagus juga, mudah untuk kita aturkan mana yang perlu dekat dengan baby.

8. katil baby perlu dipasang sendiri atau tidak?

Macam kita beli meja juga.

Untuk meja yang saiz besar, memang tak muat untuk masuk kereta. Andai kata kita bawah sendiri lah.

Jadi ia akan dipisah pisahkan dahulu.

Kemungkinan katil baby juga ada. Jadi pastikan anda faham benar bagaimana nak pasangkan nanti. Pastikan juga, screw yang anda kuilkan ketat dengan elok.

Katil baby ini paling lama digunakan lebih kurang dalam 2 tahun.

Selepas itu, untuk baby yang sudah boleh jalan, mungkin agak bahaya kalau dimasukkan lagi. Takut takut dia akan cuba keluar.

Atau pun, anda dapatkan katil baby yang dinding kayu nya lebih tinggi sedikit.

Anda boleh terus beli katil baby ini semasa masih lagi dalam tempoh mengandung. Atau pun tunggu dahulu untuk tahu jantinanya. Sebab ada family yang nak katil baby lebih menampakkan ciri ciri baby girlnya untuk semua barang.

Kenapa Anda Mesti Beli Walker Untuk Baby?

Kenapa Anda Mesti Beli Walker Untuk Baby?

Walker atau alat yang membantu baby bergerak banyak kelebihannya.

Antaranya:

1. dapat membantu menguatkan kaki.

Bayi ni, kalau terlampau awal sangat berjalan pun satu masalah juga.

Ikutkan pada pengalaman kenalan, nanti kaki bayi akan bengkok sedikit sebab struktur tulangnya masih lagi belum kukuh.

Jadi, ada eloknya kalau ibarat kita bagi senaman untuk kaki bayi ini dahulu supaya ia lebih kuat dari masa ke semasa. Sebelum boleh mula berjalan dengan sendiri.

2. lebih selamat.

Walker bukan sahaja membantu menguatkan bayi.

Malah akan buat anak kita ni lebih selamat.

Seperti contoh, kita boleh buat penghadang ke tangga, atau pun ke bahagian simen yang ada satu anak tangga. Ataupun mana mana bahgian yang anda rasa kan tak patut untuk bayi bergerak.

Termasuk tandas.

Dengan ada nya walker, ia dapat menghalang pergerakan bayi yang tak perlu dan membahayakan.

Namun…

Baby walker juga ada kekurangannya.

Seperti contoh, di Kanada, baby walker ni sudah pun di banned jualannya di sana.

Siap sejak 2004 lagi.

Insident yang biasa berlaku adalah seperti:

  • Falling down stairs
  • Flipping over
  • Capai objek bahaya seperti minuman panas
  • Berlanggar dengan benda panas

Kalau dibayangkan, memang kemalangan di atas ni, hanya terjadi bila tak ditengok selalu.

Mungkin Ibu ayah yang leka.

Dan seeloknya.

Mestilah anda buatkan access untuk baby walker ni limited pada bahagian rumah yang tertentu sahaja.

Seperti contoh.

Kalau takut terjatuh lantai, buatkan lah penghadang seperti dibawah.

Baby Stair Gate ini lebih kurang dalam RM 100 sahaja.

Anda boleh dapatkan tips untuk membelinya di pilihan baby stair gate yang berpatutan ini.

Untuk masalah seperti flipping over atau pun terbalik.

Ia masih lagi juga bergantung kepada kondisi atau keadaan sekitar rumah anda.

Jangan bagi access pada baby untuk permukaan yang menurun.

Ataupun, buatkan sahaja access untuk baby walker ini di bahagian bawah seperti gambar di atas ini sahaja.

Untuk capaian objek panas, dari kecil lagi memang ayah kita ajar, jangan letak cawan di hujung meja. Nanti terlangga tup jatuh ke bawah pula.

Jadi, kenapa tidak aplikasinya di rumah dan family kita sendiri juga.

Apa apa pun, access yang anda berikan untuk baby walker ini bergerak lah yang paling penting.

Kalau anda jaga elok elok, insyaAllah tiada apa apa.

Baju Baby Murah ( bawah RM 50 )

Baju Baby Murah ( bawah RM 50 )

Tempat/Kedai/Online – Yang Lebih Berpatutan

Baju atau apa sahaja pakaian baby ni memang tak murah. Dari kasut, baju tidur, lapik kepala semunya dalam RM 50.

Tak pelik pun, baju selipar kita sendiri pun kadang kadang tak sampai RM 20.

Tapi baju baby memang akan mahal sedikit. Walaupun lagi banyak benang digunakan untuk jahit baju dewasa.

Memamng dah sebab baby punya kelengkapan, kadang kadang kita family ni terlebih excited dan sayangkan anak punya pasal, beli sahaja lah. Walaupun berapa harga sekalipun.

Susah juga, kalau tiba tiba merengek dalam shopping complex pula.

Beli Baju Baby Secara Online

Beli secara online bukanlah sudah pasti akan dapat harga yang murah, tapi mudah untuk anda budget kan berapa perbelanjaan yang boleh dikeluarkan.

Seperti contoh. Di Lazada, ada fungsi untuk menentukan produk yang ditunjukkan pada paras harga yang anda set sahaja.

Seperti contoh.

1. Pergi ke laman web Lazada di sini.

2. Click ‘ Baby & Toys ‘ di atas nya.

Pilih clothing & Accessories, atau apa sahaja plihan yang anda mahu. Atau boleh pilih terus untuk pakaian baby lelaki atau perempuan, mahupun newborn untuk yang baru dilahirkan.

3. Set kan pada harga yang anda mahu

Di bahagian tepi sekali ada fungsi untuk anda setkan harga.

Seperti contoh di atas, antara RM 3 sehingga RM 30.

Dengan ini, lebih mudah dan nampak lebih berpatutan lah.

Cum lihat baju biru rabbit putih di atas.

Kalau anda terus pergi ke page Lazada, terus ke Baby Toys tadi. Tanpa setkan harga, memang tidak akan nampak baju baby biru itu.

Tapi bila sudah setkan harga.

Nampak lah, baju seperti itu yang hanya RM 12 sahaja ( tidak termasuk postage )

Seterusnya, baju tidur yang jarang jarang bawah RM 30 seperti di bawah.

Siap ada potongan lagi untuk pemegang CIMB Bank.

Untuk seluar baby yang harga RM 12 pun ada.

Stoking baby untuk 3 pasang pun, hanya RM 19 90.

Selain daripada boleh untuk tentukan harga baju atau pakaian kelengkapan bayi yang anda mahukan, ada juga fungsi lain, iaitu Jenis Brand yang anda mahukan.

Hanya perlu tick mana sahaja brand yang anda mahukan di atas. Jangan lupa set harga yang reasonable dengan brand yang anda mahukan.

Lazada ni bukan website ecommerce biasa Malaysia. Walaupun fungsi dan kepenggunaanya tak setaraf Amazon.

Tapi website ini memang agak memudahkan juga bila kita membeli online.

DI page yang sama, anda akan perasan satu lagi function yang penting juga bila kita membeli baju baby atau kanak kanak secara online. Iaitu saiz atau umur yang nak pakai.

Seperti gambar ini. Anda hanya perlu tick sahaja mana yang berkenaan.

http://www.lazada.com.my/shop-baby-clothings/?price=3-30&sort=popularity&viewType=gridView

Selain daripada Lazada, ada juga website kecil kecil yang lain.

Seperti http://comelmanja.wixsite.com/butikbaby/produk-rompers

Owner website ini pemborong baju baju bayi. Bila mereka beli harga borong, pasti harga pun berpatutan.

Seperti contoh, rampers bayi di bawah, hanya RM 12

Baby, kalau pakai pakaian rampers ni memang nampak lebih comel.

Selain daripada itu, ada juga website lain. Little Kids

Website ini memang memberi focus pada barang produk bayi atau kanak kanak sahaja. Mugnkin kelengkapan ibu mengandung juga ada.

Sepeti contoh di bawah, baju raya untuk bayi.

Yang berwarna biru, RM 89, macam mahal juga, tak apa lah anda boleh browse sendiri di website http://www.littlekids.com.my/baju-raya untuk lebih lanjut.