Checklist Barang Baby – Untuk Yang Baru Lahir

Checklist Barang Baby – Untuk Yang Baru Lahir

Senarai Barang Baby Yang Perlu Di Beli

Untuk lebih mudahkan masa merancang nanti, senarai keperluan barang bayi baru lahir di bawah juga dibahagikan kepada beberapa pecahan seperti Baju, Diapering dan sebagainya.

Cara Nak Guna Checklist INI

Anda hanya perlu tick sahaja mana barang yang sudah ada, kemudian bila nak buat belian nanti, boleh sahaja view semula page ini. Sepatutnya tick anda masih lagi boleh nampak yang mana satu sebab kami telah pasang cookie untuk simpan history page ini di browser anda.

Jadi, boleh sahaja tick sekarang, nanti masa di luar nak pergi shopping boleh view post ini semula tanpa rasa keliru dengan barang yang sudah dibeli atau belum.

Dengan syarat, jangan clear browsing history anda.
Baju/Pakaian

baju tidur

baju harian

singlet

baju jalan jalan

t shirt zip

sarung tangan ( untuk tidur atau jalan jalan )

topi ( untuk panas )

kasut ( jalan jalan atau harian )

sapu tangan ( pastikan lembut khas untuk lap baby )

barut 10x

bedung ( bedung moden atau napkin sahaja )

Diapering
pampers ( drypants/pet pet/wee wee )

napkin spare

bedak

losyen

minyak baby untuk diaper rash

putih kapas

nail clipper

minyak untuk masalah perut kembung ( contoh yuyi, amway )

tisu basah

disposal beg atau bakul untuk buang pampers

Semasa Menyusu ( Feeding )
puting susu untuk hisap ( tak guna pun tak apa, nanti gigi tak cantik )

puting botol susu spare

botol susu 1x

botol susu 2x ( spare punya )

pembasuh botol susu

botol sterilizer kalau ada duit lebih

susu formula

plus untuk simpan air panas

nursing cover

nipple cream untuk si ibu

nursing pad ( yang boleh basuh )

nursing pad yang pakai buang juga kalau nak

nursing bra untuk si Ibu

breast pump

beg bekas untuk isi semua barang

thermos

botol air masak ( baby suka minum air masak )

nursing pillow

Mandian
shampoo mandian

tuala baby

besen mandi atau bekas mandian

sikat?

lotion

Tidur ( Napping )
set tilam bayi ( tilam, bantal, cadar )

baby crib

kelambu

selimut

Untuk Travel
beg travel (pastikan isi semua tempat, kalau ada yang ruang kosong tinggal, anggap sahaja ada barang tak cukup, termasuk pencuci botol ya )

thermos ( pastikan ada air panas ) ( duplicate feeding )

stroller

nursing cover ( duplicate feeding )

car seat

bakul tambahan jika perlu

beg untuk isi barang mandian untuk travel

nursing pillow dalam kereta

diaper bag

Barangan Kesihatan dan Keselamatan
thermometer ( mesti tahu guna ya, dan tahu suhu yang sesuai )

tempat sedut selsema baby/nasal aspirator

pagar baby untuk tangga kalau ada

pencuci tali pusar ( tanya farmasi atau doktor )

cootan ball untuk cuci tali pusat

ubat nyamuk jenis yang cecair electric plug

Permainan
permainan atas baby crib

permainan yang jenis tumbuhkan gigi

permainan yang jenis membina minda

permainan yang jenis tak ganggu kita ( handphone, atau tab china )

permainan kecil untuk kita pakaikan pampers dengan mudah

alunan zikir dalam handphone

Barang Extra
almari simpan baju baby ( ada ruang stoking, sarung tangan, baju etc )

bassinet seat

penutup cermin sebelah baby dalam kereta

baby monitor

Di bawah merupakan blog yang membantu dalam proses brainstorming barangan di atas.
Kebaikkannya, selain daripada checklist seperti barangan bayi kami di atas, blogger di bawah ada juga berikan tip tip dan sharing pengalaman dengan product yang mereka gunakan.
http://www.kidspot.com.au/birth/tools/buying-guides/newborn-baby-buying-checklist
http://newparent.com/baby/new-baby-checklist
http://mamacomelarissa.blogspot.my/2014/03/checklist-keperluan-bayi-baru-lahir
http://www.toysrus.com/shop/index.jsp?categoryId=17082946
http://www.aeinnamusa.com/2015/08/senarai-keperluan-bayi-baru-lahir.html